Sunday, September 28, 2014
Tentang Aku Dan Dia
Assalamualaikum....
Semoga pembaca blog alyasuraya.com dimurahkan rezeki melimpah ruah dan diberkati olehNya. Amin...
Salam perkenalan dan salam sejahtera semua. Untuk sesi suai kenal ni adalah relevan saya menceritakan kisah apa? mengapa? kenapa? bila? dan bagaimana? saya jatuh cinta dengan "S"
Sebelum tu, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu yer. Saya merupakan ibu kepada 4 cahaya mata yang comel. Alhamdulillah...ha ni lah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Comelkan... :)
Saya mula berkenalan dengan "S" masa tahun 2011. Masa tu tengah tercari-cari supplemen untuk tempoh berpantang. Al maklumlah 2 anak sebelum tu makan ubat kampung dan dari jenama lain... kali ni nak yang terbaik dan yang paling penting badan sihat dan bertenaga! Saya berminat bile ramai orang di sekeliling saya yang menyatakan rasa ke"best"an produk ni disamping harga memang berpatutan dan boleh guna hingga habis berpantang pun.. Sebab macam yang sebelum ni.. ada yang tak sempat nak makan dan tak habis pun! rasa rugi sangat!! Mujurlah jumpe "S". so, jimatlah sebab boleh gune hingga abis pantang!
Walaupun pada masa tu saya masih menjadi customer sahaja. Dilubuk hati saya terdetik eh.. why not aku share kat kawan-kawan dan orang-orang di sekelilingku.. Namun mungkin masa tu saya belum serius nak menceburkan diri dalam dunia bisnes ni..
Pada 30.4.2014 adalah tarikh keramat saya bersama "S" untuk bersama menongkah arus dan badai dalam dunia perniagaan. Kerana saya yakin Allah telah ruangkan hati saya untuk BERANIuntuk BERUBAH daripada hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.
Dan yang paling best saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya berpeluang bersama-sama mentor yang hebat-hebat dalam group MFMS. Syukur Ya Allah kerana kau tempatkan aku bersama mereka yang hebat-hebat , ikhlas untuk memberi bimbingan di samping amalan-amalan rohani yang menjadikan saya semakin cekal dan tabah menghadapi apa jua dugaan dariMu Ya Allah.







0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Melawat Blog Saya.... Jumpe lagi ye...