Friday, September 18, 2015

Minum Air Dengan Banyak Masa Berpantang Boleh Ke?

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi kepada semua pembaca blog alyasuraya.com.  Moga-moga anda semua sentiasa mendapat rahmat dariNya. Amiin...

Alhamdulillah syukur dengan izin dariNya masih dapat lagi berkongsi dengan anda.  Hari ni saya nak membongkarkan satu permasalahan di kalangan orang melayu yang masih septikal dengan minum air yang banyak ketika berpantang boleh menyebabkan badan mengembang. ye ke?

Mesti anda biasa terdengar orang-orang tua dan tok bidan kampung melarang ibu lepas bersalin untuk minum air masak dengan banyak kan?



badan memerlukan air yang cukup untuk kegiatan seharian bagi elak dehidrasi 


Kebiasaannya ibu bersalin memerlukan air yang banyak untuk pelawasan supaya tidak mudah diserang sembelit... Sakit bila memikirkan masalah sembelit ni. Ye lah.. bile lepas bersalin luka jahitan pun belum sembuh lagi.  Bila sembelit Tuhan je yang tau sakitnya bila nak membuang air besar.  

Air yang banyak juga adalah untuk proses menghasilkan susu yang banyak kepada bayi.

Mungkin bagi yang tak pernah minum air sebanyak 3 liter sehari agak payah nak buat untuk permulaan.  So, saya suggest anda minum secara berperingkat iaitu ketika bangun dari tidur minumlah sebanyak 500ml, sebelum sarapan 500ml, sebelum makan tengahari 500ml, selepas makan tengahari iaitu antara makan tengahari hingga ke petang sebelum makan malam 500ml, Sebelum makan malam 500ml dan selepas makan malam 500ml. 

Buat pertama kalinya mungkin agak kekok. Tapi insya Allah s.w.t jika konsisten kita jadi terbiasa dengan rutin tersebut.


minum air dengan sukatan yang betul ye! 


Di sini saya menyeru semua ibu yang berhajat ingin menyusukan bayi sepenuhnya perlulah melakukan salah satu prinsip asas penyusuan, iaitu sila sukat jumlah air kosong yang anda minum setiap hari supaya sekurang-kurangnya cukup 3 liter. Ingat jangan minum sekaligus 3 liter tau! Minum berperingkat-peringkat.


Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Contact me for:-


FREE CONSULTATION

AFFORDABLE PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

                                               

Alya Suraya
Shaklee ID : 1140412
013-6151864 (Call, SMS, Wechat)

alyasuraya2014@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Melawat Blog Saya.... Jumpe lagi ye...